Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 27, 2010

Restoran sarang tikus

Wek! Ni Nasik Kandaq Mari punnya ka? Walaupun diambil tindakan apakah jaminan ianya tak akan berlaku lagi apatah lagi jika pemantauan perlahan. Kalaulah nama-nama kedai ini dikeluarkan bukan hint-0hint ... direct kasi terang, maka tentu kedai-kedai lain tidak akan melakukan perkara yang sama dan kebersihan lebih terjamin.

GEORGETOWN - Sudah diperiksa beberapa kali malah dikompaun atas pelbagai kesalahan namun masih berdegil. 

Berikutan itu, dua premis di Jalan Macalister di sini diarahkan tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang bagi membolehkan pemiliknya membersihkan premis mereka apabila mendapat peratusan gred yang rendah kerana tahap kebersihan yang amat teruk. 

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, pemilik premis itu ternyata tidak mengendahkan notis yang dikeluarkan sebelum ini bagi membaiki tahap kebersihan premis mereka. 

“Kedai ini menjadi tempat pembiakan tikus dan lipas. Bahan masakan turut dibiarkan terdedah tanpa penutup. Apa yang mengejutkan, mereka turut meletakkan penyapu bersama bahan masakan dalam satu bekas,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu