HANOI 5 Jun - Vietnam telah menangguhkan kunjungan President Shimon Peres semalam selepas mengutuk serangan berdarah tentera rejim Israel itu ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk memecahkan sekatan ke atas Genting Gaza.
Shimon Peres dijadual akan mengadakan lawatan selama tiga hari ke Vietnam pada 11 Jun ini.
“Kami mengambil keputusan menangguhkan lawatan ekoran situasi semasa yang agak tegang sekarang,” kata sumber kementerian luar Vietnam kepada AFP tanpa menentukan tarikh baru.
Israel kini menghadapi krisis diplomatik di atas tindakan pasukan komando tentera rejim itu menyerang dan membunuh sembilan aktivis Turki dalam serbuan ke atas kapal bantuan kemanusiaan flotilla di perairan antarabangsa untuk ke Genting Gaza.
Vietnam sebelum ini dengan lantang telah mengutuk ke atas serangan tersebut kerana ia merupakan `pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan telah meningkatkan lagi ketegangan di wilayah tersebut.’ - AFP
Vietnam yang ada hubungan diplomatik lebih berani......
Kalah pemilihan: Rafizi bukan hati tisu
2 hours ago
No comments:
Post a Comment