Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 07, 2010

DUA BERITA BERTENTANGAN - SAPA TIPU? VINCENT TAN?

BERITA TERKINI : Lesen Belum dikeluarkan Kepada Ascot Sports - PM NI dari Parlimen HARI INI.

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tian Chua ingin tahu apakah asas keputusan kabinet menarik balik lesen judi pada tahun 2004 dan keputusan itu diubah tahun ini.- BERNAMA

NI PULAK BERITA SEBELUMNYA - BERITA SEMALAM.

KUALA LUMPUR: Hartawan hasil judi, Vincent Tan semalam mengumumkan beliau akan mendermakan RM525 juta ($224 juta) bagi tujuan kebajikan.

Menurut Encik Tan, antara orang terkaya di Malaysia, wang itu diperolehi daripada penjualan kepentingan beliau dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Berjaya Corp memiliki syarikat pertaruhan (JUDI) sukan berlesen pertama di Malaysia apabila menguasai 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports.

Vincent Tan didakwa menaja ahli UMNO atau parti politik Barisan Nasional sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan lesen perjudian sukan tersebut.

Semalam 22 pertubuhan bukan kerajaan, melancarkan kempen menentang tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian sukan. -- Agensi.

No comments:

Cerita Dolu Dolu