Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 09, 2010

SELAMATKAH ASKAR TLDM KITA?

Kontrak Penyelenggaraan Dua Kapal Selam Belum Dimuktamadkan: Zahid

KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara jenis Scorpene masih belum dimuktamadkan, demikian Persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam. (Takde penyelenggaraan?)

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan kini sedang berunding dengan syarikat bagi mendapatkan tawaran dan harga yang terbaik serta menguntungkan kerajaan. (Masih nak berunding? Bukan patut selesai sebelum sampai lagi?)

"Isu mengenai syarikat DCNS (Perancis) menawarkan €6 juta atau RM30 juta kepada Boustead Naval Corporation Sdn Bhd selama tiga tahun adalah merupakan satu tohmahan dan fakta ini adalah tidak berasas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan itu.

Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan Tian Chua bahawa kapal selam dilengkapi sistem keselamatan navigasi, sistem tempur, sensor dan simulator periskop.

"Kontrak pembekalan dan penyampaian sistem navigasi, sistem tempur, sensor, simulator periskop dan perkhidmatan berkaitan bagi kapal selam itu bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (LTDM) bernilai RM128.5 juta.

"Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 adalah bagi perolehan simulator untuk tujuan latihan krew kapal selam itu," katanya,.

"Simulator ini tidak dibina di dalam kapal selam dan hanya dipasang di dalam bilik latihan," katanya.

Tian Chua dalam ucapannya mendakwa bahawa kos penyelenggaraan kedua-dua kapal selam itu adalah berjumlah RM270 juta setahun serta dakwaan bahawa DCNS telah menandatangani kontrak bernilai RM128.5 juta atau €27 juta bagi peralatan sistem keselamatan navigasi, sistem tempur, sensor dan simulator periskop. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu