Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 07, 2010

Enam lagi aktivis dibebaskan

Enam lagi aktivis dibebaskan

AMMAN - Enam aktivis keamanan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie yang ditawan ketika dalam pelayaran ke Gaza, dibebaskan semalam, oleh Israel di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan pada kira-kira jam 5.20 petang waktu Malaysia.

Sukarelawan Malaysia itu yang berada atas kapal itu bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terdiri daripada Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua wakil media Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari stesen televisyen swasta TV3.

MV Rachel Corrie, kapal terakhir dalam flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, ditawan Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira jam 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Turut berada atas kapal itu bersama aktivis keamanan Malaysia itu ialah bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Dennis Halliday, pemenang anugerah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham daripada Free Gaza Movement dan penerbit filem dokumentari Fiona Thompson.

Misi bantuan itu ditaja oleh PGPO, sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia.

Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama wanita Amerika yang terbunuh akibat dirempuh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, semasa cuba membantah tindakan merobohkan rumah. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu