Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 09, 2010

MELELEH BEB, BANYAK TAK MASYUK - TU NAK HALALKAN KOT?

Padah berkasih dengan kaki judi UTUSAN MELAYAU

KUALA LUMPUR 8 Jun - Seorang jurutera perisian warga Singapura yang baru memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, kini berdepan masalah hutang sebanyak 120,000 dolar Singapura (RM280,000) dengan 15 buah bank - akibat sikap kaki judi bekas kekasihnya.

Atas dasar percaya dan cinta terhadap lelaki itu, mangsa, Chang, 31, sanggup mengambil risiko mengeluarkan wang tunai menerusi kad kredit selain memohon pinjaman peribadi atas namanya, semata-mata untuk membantu bekas kekasihnya itu membayar hutang ah long.

Lelaki yang dikenali sebagai Kam dan berasal dari Kuantan, Pahang, itu mempunyai tabiat suka bertaruh judi bola sehingga berhutang keliling pinggang termasuk kepada ah long.

Menurut Chang, dia mula bercinta dengan Kam sejak 2008, tetapi menamatkan hubungannya April lalu kerana sudah tidak tahan lagi dengan bekas kekasihnya itu yang sering meminta wang daripadanya.

"Selepas berpisah, saya bertekad ingin mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepadanya tetapi gagal kerana dia tidak menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Bayangkan, gaji saya 2,500 Dolar Singapura (RM5,800) tetapi hutang bulanan yang saya perlu langsai kepada semua bank juga sebanyak itu," katanya yang ditemui di Wisma MCA di sini hari ini.

Sebelum menjalin hubungan percintaan dua tahun lalu, Chang sebenarnya sudah mengenali Kam sejak 2002 ketika bekerja di syarikat yang sama.

Mangsa memberitahu, dia amat terkejut dengan perubahan sikap Kam yang begitu drastik sehingga menjadi kaki judi.

"Kam yang saya kenali sebelum kami mula menjadi pasangan kekasih ialah seorang lelaki yang bekerja kuat dan mementingkan kerjayanya, saya rasa selamat bersamanya. Tidak saya sangka perkara ini akan menimpa saya," jelas Chang.

Terdesak dengan sikap lelaki itu, Chang sanggup melalui perjalanan beratus-ratus kilometer ke ibu negara untuk mendapatkan bantuan Ketua Jabatan Pengaduan Awam dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Dengan bantuan Michael, Kam hadir ke Wisma MCA untuk tampil memberi penjelasan, namun berdolak-dalik, memberi seribu satu alasan dan langsung tidak berjanji untuk memulangkan wang mangsa.

"Dalam pertemuan tadi, dia langsung tidak ikhlas. Jadi, pihak kami akan membantu mangsa, mungkin dari segi perundangan," katanya kepada pemberita.

Pihak Michael menerima 18 aduan sejak 2006 berhubung kes seumpama itu, kesemuanya melibatkan mangsa wanita dengan nilai kerugian RM680,000.

No comments:

Cerita Dolu Dolu