Mintak maap tapi konpious. "Ini hak aku, tapi kita boleh syer-syer lah. Munasabahkah hak kita tapi orang lain ambil juga keuntungan atau hak.... Kalau aku boleh belah aku nak bagi tanpa sebab. Anifah perlu beri jawapan yang lebih meyakinkan.
Anifah: Blok minyak hak Brunei tapi Malaysia kongsi hasil
June 07, 2010
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak iaitu Blok L dan M, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac 2009.
Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
“Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.
“Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini,” katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan Persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Rakyat.
Rafizi persoal kuasa khas presiden, layanan istimewa Ramanan
11 minutes ago
No comments:
Post a Comment