Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 07, 2010

Aktivis naiki Rachel Corrie dihantar pulang

Aktivis naiki Rachel Corrie dihantar pulang

JORDAN - Kapal Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk kerusi roda elektrik, bekalan perubatan dan simen, ke Gaza dirampas tentera Israel dalam masa beberapa minit sahaja sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri Israel, Sabine Haddad berkata, kesemua 19 aktivis pro-Palestin, termasuk enam rakyat Malaysia, dihantar pulang ke negara masing-masing.:

Dalam kejadian rampasan kapal itu, tentera Israel mengekori Rachel Corrie selama enam jam di Lautan Mediterranean menggunakan bot laju sebelum naik ke dalam kapal itu dan mengarahkan ia berlayar ke pelabuhan Ashdod.

Rakaman visual tentera Israel sendiri menunjukkan aktivis terbabit tidak menggunakan sebarang kekerasan, malah membantu menghulurkan tangga bagi memudahkan tentera Israel naik kerana tidak mahu nyawa aktivis terancam.

Aktivis yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan itu termasuk penerima Anugerah Novel Keamanan 1976, Mairead Corrigan dan bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Denis Halliday.:

Enam aktivis dari Malaysia dan seorang rakyat Cuba dihantar ke Jordan sebelum terbang ke negara masing-masing; manakala lima rakyat Irish dan enam rakyat Filipina dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion sebelum dihantar ke negara masing-masing.

Enam kapal yang menyertai misi itu ditahan di pelabuhan Ashdod dan tidak diketahui sama ada bekalan bantuan yang dibawa akan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.

No comments:

Cerita Dolu Dolu