Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 29, 2010

MINTAK MAAP - AKU TAK PAHAM. KALAU QISAS AKU TERIMA LAGI....

Jika semua yang tertuduh didapati bersalah, adakah saman ini boleh diterima pakai? Kalau di terima bolehkah semua kes jenayah dimana penjenayah telah disabitkan kesalahan mengambil tindakan serupa? Minta maap sebab rasa kompius sesangat. Macam ada yang tak kena aje. 

Katalah kes ini dapat selesai dan katalah penjenayah disabit kesalahan dan dihukum gantung (apa pun buat masa ini, tertuduh masih tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah) dan kes saman belum selesai di mahkamah. Apakah ianya akan sekadar menjadi rujukan semata-mata atau akan dipanjangkan kepada keluarga tertuduh pula? 

Jika atas sebab sebab teknikal, tertuduh didapati tidak bersalah dan kemudian mengambil tindakan saman balas kepada keluarga Allahyarham pula bagaimana kesudahannya? Kenapa mereka harus disaman sehingga 40 juta sedangkan mereka didapati tidak bersalah? Mungkin jika ia berlaku mereka pula saman balas , saman malu.....

Keluarga Sosilawati fail saman RM40j terhadap peguam

29/10/2010 7:07pm

KUALA LUMPUR 29 Okt - Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya akan memfailkan saman RM40 juta terhadap peguam N. Pathmanabhan dan lima lagi tertuduh kerana didakwa menyebabkan kematian jutawan kosmetik itu secara salah.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh firma guaman, Kamarudin & Partners di sini hari ini, saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pukul 10 pagi, Selasa ini.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, bersama tiga pekerja ladangnya didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat, Selangor atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga rakannya.

Tiga hari kemudian, dua pekerja ladang yang sama, U. Suresh dan K. Sarawanan dihukum penjara tujuh tahun di mahkamah tersebut setelah mereka mengaku bersalah menghapuskan mayat dengan cara membakar keempat-empat mangsa terbabit.

Dalam kejadian tersebut, Sosilawati, 47, mati dibunuh pada 30 Ogos lalu bersama pemandunya, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Norhisham Mohammad, 38. - Utusan

No comments:

Cerita Dolu Dolu