Pengundi Cina Lebih Matang Menilai Pemimpin
GUA MUSANG: Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas khususnya kaum Tionghua tidak mudah terpengaruh dengan taktik pembangkang.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata pengundi kaum cina kini lebih matang dalam memilih pemimpin di kawasan mereka.
"Kaum Cina membuat pendirian jelas bahawa mereka sebenarnya tidak suka kepada pembangkang kerana parti itu sebelum ini tidak prihatin dan tidak pernah mengunjungi mereka untuk menyampaikan sebarang bantuan.
"Keadaan jauh berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional yang mengambil tahu suasana hidup mereka dan memberi bantuan segera jika diperlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah kaum Cina di Kampung Baru di sini, Sabtu.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya (PAS)Chek Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Suruhan Pilihan Raya menetapkan 26 Okt sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 4 Nov.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment