Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 27, 2010

MANA LAGI 85 JUTA? - MACAMANA KATA PR LAGI BAIK DARI BN?

Selangor Kutip RM15.3 Juta Hasil Pasir
SHAH ALAM: Pendapatan hasil pasir kerajaan Selangor telah meningkat daripada RM13.76 juta pada 2009 kepada RM15.3 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata pendapatan itu termasuk bayaran royalti dan keuntungan Kumpulan Semesta Sendirian Bhd (KSSB), syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perniagaan pasir di negeri itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu, beliau berkata KSSB telah memperoleh keuntungan sebelum cukai sebanyak RM8 juta pada tahun lepas manakala keuntungan sebelum cukai pada enam bulan pertama tahun ini ialah RM10.3 juta.
Sebelum ini kerajaan negeri berkata hasil pendapatan penjualan pasir dari KSSB boleh mencecah lebih RM100 juta setahun.
Abdul Khalid juga berkata sehingga 26 Okt tahun ini sejumlah 96 tangkapan dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor kerana kesalahan perlombongan pasir tanpa lesen. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu