Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 27, 2010

INI BARU BETUL PROJEK KENA SEGERA bukan MEE SEGERA

Tiga termasuk calon PKR Batu Sapi jatuh laut
SANDAKAN - Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah apabila beliau terjatuh ke dalam laut apabila pelantar jeti tempat beliau berpijak tiba-tiba roboh.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, Ansari bersama krew berita NTV7 serta beberapa pekerja parti tiba di Pulau Api-Api dari pulau berhampiran selepas apa ditakrifkannya sebagai 'misi mengumpul maklumat'.

"Yang mula-mula naik ke jeti (pelantar) selepas bot rapat di pelantar itu ialah krew NTV7. Selepas itu saya. Apabila saya melihat jeti (pelantar) itu agak goyah, saya tidak bagi sesiapa lagi naik.

"Malangnya, disebabkan bot itu (yang mereka naiki) bergoyang, pengarah pilihan raya PKR turut naik ke atas jeti menyebabkan ketiga-tiga kami jatuh ke dalam laut, habis basah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mujurlah kesemua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun basah kuyup dan petugas NTV7 sempat menyelamatkan kameranya daripada basah.

Bagaimanapun, telefon bimbit Blackberry serta kamera miliknya, bernilai kira-kira RM4,000 rosak kerana terjatuh ke dalam laut.

Ansari berkata, beliau juga bersyukur kerana hanya pelantar jeti yang roboh dan bukannya keseluruhan jeti itu memandangkan terdapat wanita mengandung dan ibu yang membawa kanak-kanak kecil sedang menunggu di atas jeti ketika kejadian itu.

Sehubungan itu, Ansari meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya supaya mengarahkan agensi berkaitan untuk segera membaiki jeti berkenaan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu