Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 27, 2010

GHANI KMA LAGI.... DUIT BAZAR RAMADAN APA CER?

Kita tunggukan ajer lah penjelasan dari Kerajaan Negeri yang mungkin tak akan keluar kat Utusan Melayau. Akan update bila dapat maklumat.

18 peniaga mohon terus berniaga

TABUR PASIR ke periuk nasi... Mohamed Ghani Abd. Jiman (dua kanan) bersama peniaga-peniaga tingkat 3 Komtar semalam, memasukkan pasir ke dalam periuk nasi sebagai simbolik protes kepada kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyebabkan mereka bakal kehilangan mata pencarian apabila diarah mengosongkan lot perniagaan di kompleks itu berkuat kuasa 1 November ini.


PULAU PINANG 26 Okt. - Ramadan lalu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), sebuah agensi kerajaan DAP Pulau Pinang pernah menghalang 27 peniaga Melayu di Bazar Ramadan yang terletak di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga di kawasan itu.
Kini, nasib serupa dialami 18 peniaga tetap di kawasan itu apabila mereka diminta mengosongkan kedai masing-masing selewat-lewatnya 31 Oktober ini bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian yang didakwa bernilai RM15 juta dilakukan di ruang itu.
Namun, apa yang menjadi kemarahan peniaga-peniaga terbabit, mereka tidak langsung dipanggil untuk berbincang mengenai projek itu.
Sebaliknya, hanya menerima satu notis pengosongan meskipun yang akan menanggung kesan kerugian dan terjejas teruk akibat projek berkenaan adalah golongan peniaga ini yang telah berniaga antara 10 hingga 15 tahun di kawasan itu.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, peniaga terbabit telah berusaha untuk berbincang dengan kerajaan DAP Pulau Pinang dan merayu supaya projek tersebut ditangguhkan namun sehingga kini mereka tidak dilayan.
Lebih dikesalkan, katanya, kerajaan DAP Pulau Pinang memberi amaran membawa penguat kuasa untuk menghalau peniaga terbabit jika mereka tetap meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing, 1 November depan.
Katanya, mereka bukannya menghalang kerja-kerja pengubahsuaian di situ.
"Kami hanya memohon mereka menunda dahulu pelaksanaannya sehingga Februari depan iaitu selepas sambutan Tahun Baru Cina.
"Ini kerana terdapat banyak perayaan akan berlangsung dari November hingga Februari ini seperti Hari Raya Aidiladha, Deepavali, Krismas dan Tahun baru dan juga ketibaan musim cuti sekolah. Inilah peluang kami untuk menambahkan pendapatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sambil melakukan 'gimik' memasukkan pasir ke dalam periuk yang dibawa.
Turut hadir 17 peniaga lain yang turut diminta mengosongkan premis dan kedai masing masing yang terletak di tingkat tiga, Komtar.
Kebanyakan mereka mengusahakan kedai kasut, telefon, barangan kulit, makanan (jeruk) dan pakaian.
Menurut Mohamed Ghani, peniaga-peniaga terlibat juga memohon Kerajaan DAP Pulau Pinang dan PDC dapat memberi jaminan secara bertulis bahawa mereka yang terlibat akan dibenarkan berniaga semula di kawasan asal selepas kerja-kerja pengubahsuaian selesai.
"Mereka halau kami tanpa ada sebarang perbincangan tentang nasib kami seterusnya. Kami bukan baru berniaga," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik meletakkan jawatan masing-masing jika tidak mampu berlaku adil kepada peniaga di negeri ini agar satu pilihan raya kecil dapat dijalankan.
"Saya akan bertanding sebagai calon Bebas dan pada masa itu lihatlah sokongan yang akan mereka terima.
"Saya akan pastikan mereka tidak akan menang kerana mereka tidak berjiwa rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Ghani berkata, pihaknya akan menghantar surat rayuan memohon supaya projek pengubahsuaian berkenaan ditangguhkan kepada beberapa pihak berkaitan.
Antaranya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman; Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen.

No comments:

Cerita Dolu Dolu