Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 20, 2010

SAPA YANG NAK NAIK?

Kerajaan Pusat Setuju Kenaikan Tarif Air, Cukai Tanah Diseragam - Najib
PUTRAJAYA: Kerajaan Pusat pada prinsipnya bersetuju supaya cadangan kenaikan tarif air dan cukai tanah di semua negeri diseragamkan pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada persetujuan negeri-negeri tanpa mengira fahaman politik mengenai kedua-duacadangan berkenaan.
"Dalam soal hasil tanah dan juga daripada segi kos bekalan air, kita akan cuba mendapatkan persefahaman dalam hal ini.
"Dalam erti kata lain, kalau ada cadangan hendak naikkan harga air atau cukai tanah, kita sedang cuba untuk mendapatkan pendirian yang seragam atau bersama di antara semua kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kewangan Kewangan di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau memberi tempoh dalam bulan Ramadan ini kepada semua kerajaan negeri memaklumkan kepadanya sama ada mereka bersetuju supaya beliau menjadi hos kepada satu perbincangan selepas Hari Raya bagi mencari kata sepakat dalam hal tersebut.
Katanya ini memandangkan kerajaan negeri menghadapi tekanan pendapatan dan sumber yang terhad manakala kos untuk segala tanggungjawab kerajaan negeri, termasuk bekalan air kian meningkat.
"Jadi kalau ada cadangan untuk menaikkan harga air dan cukai tanah, (maka) akan berlaku unsur politik dalam hal ini. Tetapi kalau semua negeri bersetuju, tiadalah mainan politik sama sekali.
"Ini satu gambaran yang begitu positif sekiranya dapat dicapai dalam masa terdekat. Belum pernah lagi kita dapat melakukan perkara ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu