Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 15, 2010

Apa tindakan Kerajaan dan Pemantauan

Dua kementerian iaitu Kementerian Kesihatan dan juga KDN (Imigresen) harus lebih proaktif terutama mengawal kemasukan rakyat dari Asia Tengah yang dikatakan tempat bermulanya kes ini. Jangan tunggu sampai dah terlewat. Bagaimana pula yang baru masuk dalam sebulan dua, sudah bekerja dan bergaul dengan rakyat tempatan? Apakah Malaysia sudah ada pakar untuk mengenalpasti NDM-1 ini? Dikatakan tiada antibiotik mampu melawan - tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati jadi belum jumpa sahaja. Ditakuti tiada siasatan khusus keatas pesakit dan dianggap pnuemonia sahaja.

Kuman super merebak di 5 negara maju


ILUSTRASI komputer menunjukkan bentuk kuman super New Delhi Metallo-beta-lactamase-1 apabila dilihat secara dekat menggunakan lensa teropong mikroskop.


NEW DELHI - Lima buah negara maju semalam mengesahkan penemuan kuman super terbaru berasal dari India yang kebal segala jenis antibiotik, manakala seorang lelaki di Belgium dilaporkan menjadi mangsa maut pertama pada Jun lalu.
Amerika Syarikat, Kanada dan Belanda melaporkan beberapa pesakit disahkan membawa kuman New Delhi Metallo-beta-lactamase-1(NDM-1) tetapi tidak menyatakan jumlah sebenarnya selepas Australia kelmarin mengumumkan tiga kes awal.
Namun, India masih bertegas mempertikaikan laporan terkini jurnal perubatan terkenal di dunia, The Lancet yang berpusat di Cardiff, Wales ketika Britain pada Rabu lalu mendedahkan 37 rakyatnya telah pun dijangkiti kuman berbahaya itu.
Sebaliknya pihak berkuasa India menyifatkan jurnal tersebut sebagai cubaan mensabotaj sektor pelancongan kesihatan negara Asia itu yang menjadi tumpuan ramai warga Barat dengan mendakwa semua hospital di India masih lagi selamat.
NDM-1 yang dikatakan kalis terhadap semua jenis ubat termasuk antibiotik terbaru paling kuat, Carbapenems, mula dikesan menjangkiti seorang lelaki Sweden tahun lalu selepas dia menerima rawatan di sebuah hospital di India.
Setakat ini, 70 kes NDM-1 dilaporkan di Chennai dan Haryana manakala 73 kes lagi disahkan wujud di Pakistan dan Bangladesh yang menyebabkan pesakit mengalami radang paru-paru, jangkitan di ginjal dan saluran darah. - Agensi

No comments:

Cerita Dolu Dolu