Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 20, 2010

KALAU ZAHID HAMIDI FITNAH, APA TINDAKAN?

Cuba baca statement yang aku BOLDkan MERAH


Sebut nama Guan Eng dalam doa Jumaat ada implikasi besar: Muhyiddin


PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis dan Majlis Agama Islam Negeri menyiasat dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan wajar dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan fakta sebenar kerana perkara itu mempunyai implikasi besar.

"Saya mahukan perkara itu dikaji, diteliti dan jika benar kejadian itu berlaku, maka tindakan tertentu oleh pihak tertentu mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata ada masjid di Pulau Pinang dikesan berbuat demikian pada solat Jumaat minggu lepas. 


Muhyiddin berkata, bahawa pada masa ini, beliau tidak mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu dan hanya mengetahuinya apabila membaca akhbar.

"Saya pun (hanya) baca dalam akhbar, saya tidak mendapat laporan daripada mana-mana pihak tertentu, sama ada kenyataan itu tepat atau tidak. Adakah ia memang dibuat secara betul, dikatakan dibuat di masjid, saya pun kurang tahu."

"Adakah ia dibuat atas kehendak dia atau atas arahan daripada pihak tertentu. Saya percaya ini suatu perkara yang mempunyai implikasi besar," katanya. 

Mengulas mengenai manifesto DAP untuk mengambil alih Putrajaya, Muhyiddin berkata terserah kepada rakyat untuk menilai setiap perancangan yang dilakukan oleh parti pembangkang.

"Rakyat boleh menilai sama ada ia munasabah atau gimik semata-mata," katanya.

Beliau berkata, ini kerana ada sebahagian daripada apa yang mereka janjikan dalam pilihan raya lepas tidak tertunai kerana ia mempunyai implikasi yang besar daripada segi kewangan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu