Kalau sebarang kenaikan menurut peratusan dan tiada lagi had limit tangga gaji seperti sekarang (RM3,000) mungkin masih diterima akal dan sepatutnya dimasukan juga dalam potongan wajib LHDN seperti KWSP dan Insuran Peribadi juga. Walaupun jumlah tersebut kecil. Sebarang pembayaran bagi kos perubatanmungkin perlu diambil kira semula samada berpatutan atau tidak.
"Peningkatan kos bayaran pampasan dan rawatan golongan pekerja yang semakin meningkat setiap tahun."
1, Ini menunjukkan jumlah pekerja sudah bertambah dan majikan yang mencarum juga meningkat.
2. Persoalannya pekerja mana yang hendak kemalangan dan sakit?
Statement PERKESO macam pekerja suka-suka nak cari sakit atau kemalangan pulak bunyinya.
August 19, 2010
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) membantah keras rancangan Kementerian Sumber Manusia yang mahu menaikkan caruman Pertubuhan Sosial Pekerja (Perkeso) sebagaimana diumumkan awal bulan ini.
MEF menegaskan Perkeso seharusnya mengambil usaha mengawal urus pentadbiran agensinya itu dengan baik dan mengurangkan kos pengurusan tanpa menaikkan kadar caruman majikan dan pekerja.
Pengarah Eksektuif MEF Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya membantah keras rancangan untuk menaikkan kadar caruman di kedua-dua pihak majikan dan pekerja.
Pada 3 Ogos lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mazlan Maznah memberitahu, Perkeso sudah pun melaksanakan kajian menaikkan caruman bagi mengatasi peningkatan kos bayaran pampasan dan rawatan golongan pekerja yang semakin meningkat setiap tahun.
Bagaimanapun katanya, ia hanyalah satu kajian dan sebarang kenaikan caruman kepada Perkeso tidak akan dibuat dalam masa terdekat.
“Para majikan memandang berat jika menaikkan kadar sumbangan kepada Perkeso. Nampaknya kos pengurusan dana (Perkeso) telah meningkat sejak beberapa tahun lalu.
“Perkeso seharusnya menjelaskan kepada kesemua pihak yang berkepentingan dalam Perkeso tentang kos menguruskan dana khususnya peratusan kutipan tahunan yang digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran,” kata Shamsuddin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau kira-kira RM1.8 bilion dikutip daripada majikan dan pekerja setiap tahun tetapi tiada maklumat terperinci bagi pihak-pihak yang berkepentingan tentang perbelanjaan operasi dan pentadbiran Perkeso.
“Perkeso seharusnya berkongsi dengan orang ramai bagaimana ia menguruskan dana bagi pihak majikan dan pekerja (yang merupakan pencarum),” katanya lagi.
Malah kata beliau, kenyataan Kementerian Sumber Manusia bahawa kadar caruman Perkeso tidak dikaji semula sejak 1971 adalah tidak benar dan mengelirukan memandangkan skop caruman berwajib telah dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 pada 2007.
Shamuddin juga berkata, pelaburan Perkeso dalam memiliki bangunan sejak kebelakangan tidak mendatangkan hasil kepada agensi itu.
Oleh itu kata beliau, Perkeso seharusnya memberi tumpuan untuk menyediakan insurans sosial berbanding membina pejabat demi pejabat.
Pada masa sekarang majikan membayar caruman sebanyak 1.75 peratus dan golongan pekerja pula membayar sebanyak 0.5 peratus dari pendapatan mereka kepada Perkeso.
Setiap tahun secara purata, Perkeso mengutip sebanyak RM1.8 bilion daripada 5.4 juta ahli Perkeso.
No comments:
Post a Comment