Bukankah kalau kes begini harus dilapor kepada MAIPP dan kalau salah atau tak menepati rukun khutbah umaat Imam tersebut telah menyebabkan Solat Jumaat tidak sah? Maka seharusnya dirujuk ke mahkamah syariah jika perlu. Polis nak buat apa kes macam ni??
Doa khutbah kedua: Pemuda UMNO Bagan lapor polis
21/08/2010 1:32pm
BUTTERWORTH 21 Ogos - Pemuda UMNO Bahagian Bagan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth ekoran doa yang dibacakan khatib, Zakaria Ahmad pada solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya di sini semalam.
Dalam doa khutbah keduanya, Zakaria membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".
Zakaria juga didakwa tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin yang turut dihadiri beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang. - Utusan
No comments:
Post a Comment