Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 20, 2010

GPMS berani Bantai Raja Nong Chik?

Kalau PR tak pegang Selangor dan P.Pinang, agak-agak berani ke GPMS cakap macam ni? Kalau nak kenakan LGE, kena batang hidung sendiri..... Bukti jelas, untuk selamatkan NEGARA, BN perlu kalah (Still - Kalau kata BN harus dihapuskan 100% aku tak setuju juga - check and balance tetap perlu)

Orang Melayu akan merempat – NGO

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Semua pihak yang telah diamanahkan menjaga kepentingan orang Melayu perlu mengambil serius tindakan meroboh perkampungan Melayu atas alasan pembangunan sehinggakan orang Melayu hilang tempat tinggal dan tanah warisan mereka. (Sapa ye yangselama ni tak jaga amanah tu?)
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, jika tindakan meroboh perkampungan Melayu terus dibiarkan berlaku, orang Melayu akan merempat di negeri sendiri kerana tiada tanah serta tidak mampu membeli rumah.
Tegasnya, GPMS bersetuju dengan sebarang usaha melindungi perkampungan Melayu di seluruh negara terutamanya di Pulau Pinang tetapi pihak berwajib seperti UDA Holdings Berhad dan yayasan-yayasan bumiputera perlu memainkan peranan mereka.
“Cadangan mewartakan kampung Melayu sebagai kampung tradisi juga boleh diterima tetapi situasi di Pulau Pinang berbeza dengan negeri lain memandangkan status tanah milik swasta sedangkan di negeri lain tanah milik peribadi.
“Bila pihak swasta dan kerajaan negeri pula bersekongkol untuk menghalau orang Melayu, ke mana mereka mahu pergi sedangkan pampasan yang diterima tidak cukup untuk membeli rumah kos rendah sekalipun.

“Jika tidak dipertahankan perkampungan Melayu, hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk ‘mengusir’ orang Melayu akan tercapai dan Pulau Pinang bakal menjadi Singapura kedua,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mengisytiharkan tapak kesemua kampung Melayu di seluruh negara sebagai zon kampung tradisi bagi mengelakkan perkampungan orang Melayu dirobohkan atas alasan pembangunan.
Semalam, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pulau Pinang, Syed Amerruddin Syed Ahmad membuat cadangan tersebut bagi melindungi perkampungan Melayu di Pulau Pinang dirobohkan pemaju seperti di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah di Jelutong dan beberapa kampung lagi di Balik Pulau - SAPA MP BALIK PULAU? BERAPA PENGGAL JADI MP BALIK PULAU? LGE KE? BARU NAMPAK KE?

Menurut Jais, UDA dan yayasan bumiputera lain disaran membeli kembali tanah perkampungan Melayu dari pihak swasta dan melindungi penduduknya daripada terus ditipu.
“Ini semua bermula bila penjajah British mengambil tanah orang Melayu dan diberi kepada bukan Melayu serta pihak swasta, sedangkan semua tanah itu asalnya milik orang Melayu.
“Tambahan pula orang Melayu yang berpecah belah memudahkan syarikat swasta mengambil kesempatan, memberi pampasan kecil kemudian membina projek perumahan jutaan ringgit yang tentu sekali tidak mampu dimiliki orang Melayu,” ujarnya.
Tambahnya, orang Melayu, penduduk perkampungan Melayu dan pemimpin Melayu juga perlu bersatu dan kuat mempertahankan tanah warisan bangsa jika tidak mahu hilang hak, negeri dan negara.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar turut menyelar tindakan meroboh perkampungan warisan orang Melayu atas alasan pembangunan.
“Kenapa nak roboh? Lepas roboh rumah kampung orang Melayu, bina pula kondominium berjuta-juta ringgit yang orang Melayu tak mampu beli sedangkan rumah orang Melayu itu merupakan warisan senibina dan budaya kita.
“Saya menyeru semua orang Melayu bersatu supaya tiada lagi pihak berani berbuat sesuka hati atau membuat tuntutan melampau seperti yang berlaku sekarang di kala orang Melayu dilihat lemah kerana berpecah belah,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu perkampungan orang Melayu di seluruh negara dikekalkan sementara peraturan untuk melindunginya diperketatkan.
“Apa juga cadangan untuk perkampungan Melayu, yang penting ia dikekalkan dan penduduknya dilindungi daripada penipuan jual-beli, pindah hak milik dan tukar nama atau status,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu