Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 01, 2010

Melamar Naik Heli tu BEB . . . . Anak Jutawan mana nih???

Oooo....... Anak Jutawan Ramli Ngah Talib..... Bekas Menteri Besar Perak..... ke?

Fasha terima lamaran cinta Rizal

FASHA

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.
Menurut Fasha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan bercinta secara rasminya pada Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu.
"Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang.
"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia.
"Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam.
Pada Mei lalu, Rizal telah membuat kejutan pada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata di Lang Tengah dengan menaiki helikopter.
Kehadiran Rizal bertujuan untuk melamar Fasha menjadi kekasihnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka.

No comments:

Cerita Dolu Dolu