Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 27, 2010

Dr Asri Isytihar Kekal Ulama Bebas, Tidak Sertai Parti Politik

Ini Dr Asri kasik spoil la.... baru je CAKAP CAMNI.... Kasik muka la.. sket....

SUMBEROleh ROZAID A. RAHMAN

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini.

"Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kira-kirapukul 10.35 pagi semaalm.

Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.

"Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain.

"Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau.

Malam kelmarin gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

No comments:

Cerita Dolu Dolu