Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, July 02, 2010

Bukan Islam jangan pertikai status negara - Mufti

HASILNYA? Ini - 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa. 
Sapa lebih betul? Karpal ke Mufti....

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa. Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395). Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

Bukan Islam jangan pertikai status negara - Mufti


KUALA LUMPUR 1 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam tidak seharusnya mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa memahami sejarah serta Perlembagaan negara.
Menurutnya, tindakan itu akan menyebabkan pihak luar serta orang bukan Islam lain menganggap Malaysia sebuah negara sekular. ''Malaysia ialah negara Islam. Perlembagaan tidak mengatakan Malaysia adalah negara sekular. "Orang bukan Islam wajib memahami perkara ini terlebih dahulu sebelum memberikan ulasan tanpa memahami latar belakang penubuhan negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya kepada satu portal berita bahawa DAP tidak akan menerima konsep negara Islam seperti yang dibawa oleh Pas jika berjaya memerintah kelak.

Menurut Harussani, semua rakyat perlu memahami perjanjian asal ketika awal kemerdekaan supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan daripada isu itu. "Sekarang ini ramai yang sudah lupa tentang perjanjian yang dibuat oleh nenek moyang kita tentang hak keistimewaan Melayu dan Islam di tanah air ini. "Semua kaum di Malaysia perlu tahu tentang budaya serta agama kita (Islam) dan bukannya sekadar lahir di sini tapi tidak mahu mempelajari budaya setempat," katanya. Menurutnya, untuk meningkatkan pemahaman budaya setempat antara langkah yang boleh diambil ialah mewajibkan semua kaum di Malaysia boleh berbahasa Melayu dan mengetahui hal ehwal budaya Melayu.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman turut tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi DAP yang menganggap Malaysia ialah negara sekular. Menurutnya, sekular ialah satu konsep yang mengasingkan antara agama dengan kehidupan dan Islam tidak pernah menganjurkan perkara sedemikian. Tegasnya, dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub Islam sebagai agama rasmi negara, maka sebarang usaha untuk menafikan perkara itu amat mendukacitakan hati umat agama itu. "Sebagai umat Islam yang taat, isu sekular memang tidak boleh diterima langsung dan boleh menyentuh sensitiviti umat secara tidak langsung," katanya. Jelasnya, jika ada pihak berterusan mempersoalkan isu sensitif itu, maka tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka. "Setiap orang yang memberi pandangan yang bercanggah dengan Perlembagaan negara perlu dikenakan hukuman supaya mereka tidak terus mengungkit isu sama pada masa akan datang," tegasnya.


No comments:

Cerita Dolu Dolu