Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 30, 2010

Amaran kepada bilal, siak

IPOH - Semua bilal dan siak di negeri boleh dihentikan perkhidmatan dan elaun ditarik balik jika tidak melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Penasihat Hal Ehwal Agama Menteri Besar, Kapten (B), Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz berkata, sebagai petugas penting dalam urusan masjid, bilal dan siak berperanan besar mengimarahkan surau dan masjid dan berkhidmat dengan keikhlasan dan rasa tanggungjawab.

“Jika ada aduan daripada pihak pengerusi serta ahli jawatankuasa masjid atau surau berhubung bilal atau siak yang tidak menjalankan tugas de-ngan baik, aduan dipersem-bahkan kepada Raja Muda dan akan dibawa dalam mesyuarat majlis bagi membincangkan tindakan berkenaan.

“Mereka akan dinasihati untuk memperbaiki prestasi kerja namun, jika mereka berterusan berdegil, mereka akan diberhentikan,” katanya kepada pemberita.

Najmuddin berkata demikian pada sidang media setelah menyempurnakan Majlis Penyampaian Elaun Bilal Dan Siak di Masjid Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Dianggarkan seramai 2,454 bilal serta siak dari seluruh negeri hadir pada majlis berkenaan.

Difahamkan semua bilal serta siak berkenaan bakal menerima RM200 sebulan, berdasarkan kepada nisbah dua bilal dan dua siak pada masjid atau surau.

Sementara itu, Najmuddin berkata, Kerajaan Negeri melewatkan sedikit pemberian elaun kepada para bilal dan siak ini berikutan mengalami beberapa masalah teknikal.

Katanya, pemberian elaun pada kali ini adalah bagi fasa pertama dan fasa kedua pula bakal menyusul selepas ini. :

“Elaun ini diberi secara berperingkat-peringkat kerana pihak kerajaan mahu bertemu dengan mereka (bilal dan siak) dan sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk beramah mesra dan saling lebih mengenali.

“Selain itu, pihak masjid serta surau juga diharap dapat meneruskan pemberian elaun kepada mereka menerusi tabung masjid sebagai tanda penghargaan kepada golongan bilal dan siak ini,” katanya.

Makna disebalik "Duit belum sampai dari Persekutuan jadi tunggu dulu...... duit tabung masjid kan ada banyak.... cukuplah tu......... 

No comments:

Cerita Dolu Dolu