Badan kehakiman tiada diskriminasi

“Badan kehakiman tidak pernah sama sekali mengamalkan sikap diskriminasi terhadap mana-mana kaum, termasuk peluang pekerjaan, dengan syarat pemohon mestilah mempunyai kelayakan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. Wee ingin tahu bagaimana polisi 1Malaysia hendak dicapai di mahkamah rendah Kuala Lumpur kerana kebanyakan majistret dan :hakim berbangsa Melayu.
Mengenai bilangan majistret di seluruh negara mengikut komposisi kaum, Mohamed Nazri berkata, setakat 6 Jun lalu, bilangan majistret adalah 173 orang, 157 daripadanya berketurunan Melayu, Cina (tujuh), pribumi Sabah dan Sarawak (lapan) manakala seorang lagi berbangsa India. “Jumlah keseluruhan majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur adalah 21 orang dan semuanya berketurunan Melayu. Jumlah Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pula 22 orang, dan :tiga daripadanya India,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment