Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 01, 2010

Hanya JAUHARI yang kenal MANIKAM.......


Jangan laaa..... itu macam macha...... sikit-sikit carik makan juga.....


Tukar Sekali Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri, Kata Aziz Bari

Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan Penasihat Undang-Undang dengan peguam sendiri, sebaliknya gagasan itu turut dicadang melantik Pegawai Kewangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri pilihan mereka.
Avatar (Two-Disc Blu-ray/DVD Combo) [Blu-ray]Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari kepada TV Selangor.
Ini kerana, beliau menyifatkan ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan Persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. 
"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan Persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh Peguam Negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi. Mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari Pejabat Peguam Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan Pusat. "Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur Perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain. Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat  kerajan negeri Pakatan Rakyat  akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana. "Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu