Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, September 06, 2010

TPM TAK SEMPAT TENGOK TV3?

Muhyiddin beri amaran individu persenda agama

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran bahawa individu yang terbukti mempermainkan agama Islam atau agama lain serta perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak pernah bertolak ansur terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat, mengeruhkan hubungan antara kaum dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu katanya, kerajaan telah mengarahkan polis serta agensi penguat kuasa lain supaya bertindak segera dan tegas terhadap mereka yang terbukti melakukan perbuatan itu mengikut peruntukan undang-undang negara.
"Dalam apa jua keadaan sekalipun kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja baik orang Islam atau bukan Islam mempermainkan-mainkan soal agama kerana ia boleh memberi padah kepada negara.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah memberi amaran bahawa perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan masalah dalam soal keselamatan dan hubungan antara kaum hendaklah dielakkan,'' katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Operasi Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2010 di Stesen Sentral di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan beberapa individu yang menggunakan saluran Internet seperti Youtube dan laman sosial Facebook untuk menghina Islam, orang Melayu serta Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan tegas dan keras perlu diambil kerana kita tidak mahu ia berlarutan sehingga mendatangkan masalah besar kepada negara.
"Saya juga percaya penganut agama lain seperti Sikh, Hindu atau Buddha pasti tidak mahu ada tindak balas daripada orang Islam seperti mewujudkan satu lagi laman Facebook yang menyentuh sensitiviti agama mereka,'' katanya.
Dalam perkembangan sama beliau yakin dengan kepakaran siber pihak berkuasa untuk membuktikan dalam konteks undang-undang mengenai kesahihan individu yang terlibat sama ada menerusi media alternatif atau laman sosial seperti Facebook.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan yang paling penting hal sebegini sepatutnya tidak timbul. Kita telah sekian lama duduk di sebuah negara yang aman dan tenteram kerana kita saling menghormati antara agama.
"Mengapa satu agama lain harus mencemarkan agama yang lain. Banyak peristiwa yang berlaku di beberapa negara lain, apabila berhadapan dengan konflik antara agama, padahnya amat besar,'' katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak mahu Malaysia menjadi kancah krisis yang bertembung atas soal agama kerana kesannya amat berbahaya.
"Negara kita adalah negara pelbagai agama dan pelbagai latar belakang serta budaya dan pertembungan ini mesti dielakkan,'' katanya lagi.
Kata beliau, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa menangani kes dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Terbaru, Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) membuat laporan polis berhubung satu akaun laman sosial Facebook yang dikesan menghina Islam dan Allah menggunakan kata-kata kesat.
Presidennya, Mohd. Hisamudin Yahya menggesa polis menjalankan siasatan segera ke atas akaun Facebook yang didaftarkan dengan nama Katy Lim Li Lian kerana pemilik akaun itu telah memaparkan komen yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Sebelum ini Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor membuat satu laporan polis pada 1 September lalu berhubung kewujudan satu akaun Facebook menggunakan nama 'Melayu Babi'.
Baru-baru ini pula, seorang pemuda dari Muar, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menghasilkan klip video berbaur perkauman.

No comments:

Cerita Dolu Dolu