Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, September 06, 2010

SHAH ALAM ADA TAK?

Tapi..... nak buang apa? Dah habis buang semua dah..... pokok bunga dan pasu adalah kot.

Perkhidmatan sampah pukal Alam Flora sempena hari raya bermula esok


KUALA LUMPUR - Syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn Bhd akan mengadakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma di sekitar bandar raya Kuala Lumpur sempena Aidilfitri mulai esok hingga Khamis.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Mohd Zain Hassan meminta orang ramai mengasingkan sampah-sampah pukal seperti perabot lama dan sampah pembinaan untuk melancarkan tugas pemungutan Alam Flora.

Bercakap pada sidang media mengenai pengurusan sampah Alam Flora sempena Aidilfitri di sini, hari ini, beliau berkata, Pasukan Kecemasan atau Unit 911 Alam flora juga akan beroperasi sepanjang Aidilfitri sebagai pasukan bantuan kepada lori pengangkut atau kontraktor yang gagal bertugas berdasarkan jadual seperti yang ditetapkan.

Selain itu, Alam Flora akan turut melaksanakan operasi harian membersih sampah sarap di pusat bandar raya termasuk di kawasan Masjid India, Jalan Chow Kit, Jalan Silang dan Jalan Pudu selama tiga hari mulai Hari Raya pertama.

"Sebanyak 170 unit kenderaan akan digunakan untuk menjalankan kerja-kerja mengutip sampah untuk hari raya pertama sehingga hari raya ketiga yang melibatkan 767 pekerja pada hari raya pertama, 821 orang pada hari kedua dan 860 orang pada hari ketiga 860 orang," katanya.

Kutipan akan bermula dari 7 pagi hingga 8 malam. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kutipan sampah Alam Flora atau ingin membuat aduan dan pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-880-880.

No comments:

Cerita Dolu Dolu