Harap apa yang berlaku bukan 'disengajakan' untuk merealisasikan projek air Selangor Wilayah Persekutuan yang kerajaan negeri bantah sekarang ini.
Kegagalan penswastaan bekalan air. Itu punca mengapa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terganggu dan menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar lembah klang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sudah tiba masanya pengurusan bekalan air diserahkan semula kepada kerajaan negeri Selangor.
Sebelum ini operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara awal pagi semalam berikutan sumber air mentah dari Sungai Kembong, Selangor tercemar dengan sisa buangan dari pusat pelupusan sampah.
Sehingga kini Syabas masih mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan ERP Kod Merah sehingga keadaan pulih sepenuhnya bagi kemudahan pengguna-pengguna mendapatkan bantuan dan maklumat.
Pengguna di empat wilayah Syabas iaitu Sepang Kuala Langat Hulu Langat dan Petaling Jaya yang terjejas bekalan air sejam pukul 10 pagi semalam telah mula menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat mulai pukul 5 petang hingga selewat-lewatnya pukul 2 petang semalam bergantung kepada lokasi.
“saya rasa ini menunjukkan penswastaan air tidak berhasil, tidak menghasilkan satu penjagaan punca-punca air dan juga pengkoordinasi antara operator-operator air dan pemilik-pemilik harta mengenai paip-paip air, jadi ini kelemahan penswastaan” kata Khalid kepada media.
"oleh sebab itu kenapa air perlu dijaga oleh kerajaan negeri, jadi senang di mana kerajaan negeri boleh jaga punca air, di mana banyak yang mesti dijaga, di mana tempat saluran paip dan seterusnya," kata Khalid.
Isu ini akan di bawa perhatian kepada Perdana Menteri agar satu penyelesaian yang lebih baik dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment