Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 05, 2010

Pemuda Pas desak Pengerusi Mais, Pengarah Jais undur

MEMANG PATUT LETAK JAWATAN. BACA BERITA BERKAITAN DIBAWAH. SOALAN - KALAU PELANCONG BOLEH KE TIDAK? KALAU BOLEH KENAPA BOLEH KALAU TAK BOLEH KENAPA TAK BOLEH? SELESAI HAL INI DULU LA..... MAJLIS FATWA DIPERBODOHKAN KE?

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor, semalam menyerahkan memorandum menuntut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi meletakkan jawatan. 

Timbalan Ketuanya, Zaidy Abdul Talib berkata, tuntutan dibuat selepas pihaknya kecewa kerana Mohamad Adzib dan Mohammed Khusrin gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa berdepan isu kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang, baru-baru ini. 

“Kedua-dua mereka gagal menasihati dan memberikan penerangan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hukum Islam yang sebenar terutama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan golongan bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid. 

“Akibatnya, Sultan Selangor seolah-olah telah terlibat dan berpihak dalam politik kepartian dan tindakan mereka menjejaskan nama baik Tuanku dan istana,” katanya. 

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin di Pejabat Menteri Besar.

Tindakan tegas jika nazir, pengerusi masjid langgar arahan Mais 

SHAH ALAM – Tindakan akan diambil di bawah Seksyen 12 (A) terhadap nazir dan pengerusi surau dan masjid di Selangor yang menganjurkan majlis di ruang solat atau kawasan yang tidak boleh dimasuki orang bukan Islam. 

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu akan diedarkan minggu hadapan kepada pihak pengurusan surau dan masjid seluruh Selangor. 

“Surat berkenaan ditandatangani oleh tiga individu berkepentingan seperti Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Pengerusi Mais dan Mufti Selangor. 

“Orang bukan Islam dibenarkan memasuki kawasan masjid, tetapi jangan berada di ruang sembahyang rumah ibadat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Menurutnya, seksyen itu diwujudkan supaya jawatankuasa dan orang bukan Islam patuh di atas titah yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu