Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, September 06, 2010

AMIK GAMBAR ADA REWARD TAK?


JPJ: Rakam kesalahan trafik guna telefon bimbit juga salah

September 06, 2010
GERIK, 6 Sept — Pemandu yang menggunakan telefon bimbit berkamera bagi merakamkan kesalahan trafik pengguna lain turut melakukan kesalahan dan boleh disaman, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
“Penggunaan telefon bimbit ketika memandu turut tersenarai dalam kesalahan trafik dan dengan jelas pemandu tidak boleh merakamkan kesalahan pengguna lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Penguatkuasa JPJ di Jalan Gerik-Jeli, di sini hari ini.
Justeru katanya, pemandu yang mahu merakamkan kesalahan pemandu lain menggunakan kaedah itu hanya boleh berbuat demikian selepas mereka memberhentikan kenderaan mereka.
“Rakaman itu (juga) boleh dibuat dengan bantuan penumpang lain yang berada di dalam kenderaan itu,” kata Solah.
Beliau turut menjelaskan ramai pengguna salah faham mengenai kaedah itu dan pihaknya ada menerima rungutan daripada pengguna kerana rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun katanya, kaedah itu mendapat sambutan positif dan sebanyak 26,880 aduan bergambar diterima daripada pengguna jalan raya tahun lepas.
“Lebih separuh daripada aduan berkenaan iaitu 16,349 kes berjaya diselesaikan, manakala 5,872 kes masih dalam siasatan. Sejumlah 4,659 kes juga sudah disenaraikan kerana masih gagal membayar saman,” katanya.
Beliau berkata sambutan berkenaan menunjukkan keprihatinan pengguna mengenai kesalahan trafik.
Dalam perkembangan lain, Solah mengingatkan pengguna lebuh raya supaya tidak menyalah guna laluan kecemasan di tujuh lokasi persimpangan dan hentian Lebuh Raya Utara Selatan yang akan dibuka sempena Aidilfitri tahun ini.
Katanya, laluan kecemasan itu hanya dibuka pada hari dan masa tertentu sahaja selain dikawal sepenuhnya petugas trafik bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.
Dua laluan kecemasan iaitu di antara Bidor dan Tanjung Malim yang membabitkan Km 371.6-Km 362.5 (arah utara) dan Km 340.8-Km 348.5 (arah selatan) akan dibuka 24 jam pada 9, 10, 11, 12, 16 dan 19 September.
Laluan Ipoh Selatan dan Bidor iaitu di Km 308.2-Km 302.8 (arah utara), Km 291.4-Km 294.5 (arah selatan) dan Km312-Km317 (arah selatan) serta laluan di antara Sungai Besi dan Seremban di Km260-Km 278 (arah utara) dan Km281-Km 263.5 (arah selatan) hanya dibuka bermula 11 pagi hingga 11 malam pada tarikh sama. — Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu