Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 09, 2010

Jolie kutuk cadangan bakar al-Quran

Huh? takde jambul? Jolie memberi anak-anaknya naskah tafsiran AlQuran untuk dibaca (selain kitab-kitab yang lain). Agak-agak kalau datang Malaysia kena ban tak? 
Bagaimanapun respek sikap Jolie yang prihatin terhadap mangsa bencana. Menonton kisahnya hingga dilantik menjadi Duta dirancangan E! (ASTRO 712)  - dia ni memang semulajadi gila (pernah cuba bunuh diri) dan memang gila nak jadi duta UN. 



ANGELINA JOLIE bercakap pada sidang akhbar di Islamabad, Pakistan semalam.


ISLAMABAD - Pelakon terkenal, Angelina Jolie semalam mengutuk tindakan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat (AS) yang mengancam untuk membakar sejumlah kitab suci al-Quran pada ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 yang dilakukan oleh pengganas.
Aktres berusia 35 tahun itu yang kini popular dengan filem Saltmenyuarakan pendapatnya itu semasa melakukan lawatan ke Pakistan untuk meningkatkan kesedaran mengenai banjir yang melanda negara tersebut.
Kritikan Jolie mengulangi pendapat pegawai-pegawai AS yang berpendapat bahawa rancangan gereja tersebut merupakan tindakan yang memalukan.
Pegawai-pegawai itu turut memberi amaran bahawa tindakan membakar al-Quran akan membahayakan nyawa askar AS di Afghanistan dan rakyat Amerika di seluruh dunia.
"Saya sukar memikirkan bahawa ada orang yang sanggup membakar kitab suci agama lain," kata Jolie.
Paderi yang mengetuai rancangan untuk membakar kitab tersebut, Pastor Terry Jones, memberitahu, dia akan meneruskan rancangannya itu walaupun mendapat bantahan ramai.
Banjir di Pakistan telan menyebabkan lebih 1,700 orang maut dan menjejaskan kehidupan 18 juta penduduk. - AP

No comments:

Cerita Dolu Dolu