Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 05, 2010

Patutlah Ada Yang Tak Suka Dia Jadi SETPOL MB

Komen SETPOL MB Selangor berkaitan komen Khir Toyo fasal BONUS PKNS.


Menteri Besar Perlu Kelulusan Mesyuarat Exco Sebelum Terima Bonus Dari Syarikat Kerajaan Negeri

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo sekali lagi membuktikan ketidakupayaan dan ceteknya ilmu pengetahuan beliau. 
Kenyataannya berhubung bonus dan insentif yang ditolak Menteri Besar menunjukkan beliau tidak mampu membezakan antara organisasi korporat dan kerajaan. 
Ini tidak menghairankan memandangkan pentadbiran yang baik tidak diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar.
Ketika Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berkhidmat di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.
Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan. 
Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang  jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat.
 Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan negeri.
Sehubungan itu, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri. Dalam keadaan seumpama itu, MB tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan disebabkan oleh konflik kepentingan.
 Menteri Besar bercadang untuk merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi  membolehkan semua wakil kerajaan negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif  dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.
 Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir Toyo tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif.
Walaupun Tan Sri Khalid tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan kepadanya sebagai pengerusi di dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajan negeri tetapi  sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau  enggan untuk meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.
Sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, kerajaan Pakatan Rakyat percaya bahawa rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.
UMNO boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi tidak jujur yang telah mereka amalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi saya ingin mengingatkan mereka bahawa rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak akan teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi.
Dalam Islam bukan saja niat perlu betul, tetapi jalan yang digunakan, matlamat dan cara juga mesti mesti.

No comments:

Cerita Dolu Dolu