Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 01, 2010

KALAU 'TER'LAJU DAN LANGGAR MATI CAMNE?

Adakah suami mangsa ragut tersebut akan didakwa membunuh tanpa niat? Bagaimana perjalanan mahkamah tersebut agaknya? Adakah jika polis tidak mengambil tindakan mendakwa 'pesalah' a.k.a suami mangsa apakah ada NGO yang akan HUH HAH dan berdemo membantah polis tidak bersikap adil keatas peragut tersebut? Sedangkan apabila mangsa ragut mati NGO senyap sunyi sahaja. Nasib baiklah ianya tidak berlaku dan sekadar IMAGINASI saya sahaja TETAPI cuba kita fikirkan situasi sebegini jika berlaku.

Dilanggar ketika larikan diri selepas ragut


01/09/2010 6:39pm

KUALA LUMPUR - Walaupun berpuasa, seorang lelaki tempatan masih sempat meragut beg tangan seorang wanita, namun kemudiannya dilanggar dari belakang oleh suami mangsa dalam satu kejadian di Kampung Pandan, Ampang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, sebelum itu kira-kira pukul 8 pagi, sepasang suami isteri berumur lingkungan 30-an sedang dalam perjalanan ke sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) di Kampung Pandan.
"Selepas turun dari motosikalnya, mangsa, seorang pekerja swasta menghampiri ATM terbabit sebelum begnya diragut dari belakang oleh seorang penunggang motosikal sebelum (mangsa) tersungkur jatuh.
"Suaminya yang melihat kejadian itu terus mengejar suspek kira-kira satu kilometer sebelum melanggarnya dari belakang. Suspek kemudian ditahan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu sebelum menghubungi polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Jalil berkata, polis menemui semula beg tangan mangsa dan menahan suspek yang menggunakan motosikal curi dan positif dadah itu. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu