Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 01, 2010

BERAPA LAMA LAGI NAK SABAR? TOO MUCH LA......

Apakah kita harus terus bersabar sahaja? Tidak bolehkah Kerajaan Malaysia memanggil balik Duta Malaysia ke Indonesia? Mungkin tindakan itu akan mengancam nyawa ribuan pelajar Malaysia serta rakyat Malaysia di sana? Atau mungkin Malaysia meminta Duta Indonesia keluar dari Malaysia buat sementara sebagai kata pemutus. Bagaimana pula PATI? Kenapa tidak dikeluarkan kenyataan pemutihan iaitu semua warga Indonesia yang tiada permit dikehendaki balik tanpa sebarang tindakan mahkamah TETAPI direkodkan dan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ada lagi terus tangkap dan hantar pulang ataupun sumbat kat dalam kawasan Kedutaan Indonesia. Saya ULANGI. apakah setelah berlaku kehilangan jiwa kepada rakyat Malaysia baru berfikir hendak bertindak? Atau apakah pula jika ada rakyat Malaysia yang bertindak diluar batasan didalam negeri atau keatas Kedutaan Indonesia baru hendak buat sesuatu? Amat-amatlah diharapkan Kerajaan Malaysia lebih tegas lagi.
Jalur Gemilang Dibakar Lagi, Telur, Ikan Masin Busuk Dilontar
JAKARTA: Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-Undang Jakarta) hari ini bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini pada Rabu.
Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.
Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis “diplomasi mati suri”, “ganyang Malaysia”, “bela harga diri bangsa” serta “malingsia serumpun yang durhaka”.
Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu