Setiap tahun Malaysia mengalami fenomena jerebu akibat pembakaran ladang dan hutan di Sumatera. Ianya berlaku dalm bulan Julai hingga Oktober. Jika hujan kurang maka keadaaan juga makin buruk. Dengan meletusnya Gunung Sinabung di Sumatera ini apakah fenomena yang lebih teruk seperti semasa meletusnya Karakatoa (seperti yang diceritakan oleh Nyai saya semasa saya kecil dahulu?) atau pun Tambora yang menggelapkan dunia? Oleh kerana ianya kali pertama meletus dalam tempoh 410 tahun maka tidak menghairankan jika letusannya akn agak ganas. adakah letusan tersebut bersifat pyroklastik yang menyemburkan debu dan lahar panas dengan mengejut? Jika ianya bersifat sebegitu maka sudah pasti ianya memberi kesan kepada cuaca dan udara di Malaysia.
Gunung Sinabung meletus setelah tidur 410 tahun
JAKARTA - Setelah tidak aktif selama 410 tahun, Gunung Sinabung di dareah Karo, Sumatera Utara, mencatat sejarah apabila meletus tengah malam tadi mengeluarkan lava dan debu lava.
Ribuan penduduk sekitar gunung berapi itu dipindahkan ke kawasan selamat lebih awal sejak semalam apabila gunung itu dikesan mengeluarkan asap dan debu mulai Jumaat, menyebabkan kawasan penempatan bagai pekan hantu.
Agensi Berita Antara melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat berikutan letusan itu.
Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng muka kepada penduduk bagi mengurangkan risiko mereka banyak menghidu debu lava.
Staf Khusus Presiden mengenai bidang Bencana dan Bantuan sosial dipetik oleh portal berita detik.com sebagai berkata bahawa letusan itu berlaku tepat pukul 12.08 tengah malam tadi.
Namun ada penduduk mendakwa melihat percikan api di puncak gunung itu pada pukul 11.50 malam.
Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia Surono dilaporkan berkata kali terakhir Gunung Sinabung meletus ialah pada tahun 1600 dan selama 410 tahun tidak pernah menunjukkan tanda aktif.
Gunung berketinggian 2,400 meter itu sebelum ini tidak dipantau kerana tergolong jenis B yang tidak mempunyai ciri-ciri meletus secara magnetik.
Kini selepas meletus, gunung itu diubah status kepada jenis A dan dipantau 24 jam setiap hari.
No comments:
Post a Comment