Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 29, 2010

HIKMAH DI SEBALIK DUA ISU (TIGA-EMPAT ISU?)

Mutakhir kita dapati pihak Utusan Malaysia terutamanya memainkan isu yang mengguris perasaan orang Melayu dan orang Islam. Dari isu khutbah disekalikan dengan kononnya menggantikan nama Lim Guan Eng dari Agong dalam khutbah kedua, ucapan MP Serdang Teoh dalam penyampaian bantuan dikatakan tazkirah semasa Tarawih.

Apakah kita menjangkakan Utusan akan mengeluarkan artikel Majlis Fatwa .berkaitan keharusan pelancong asing bukan Muslim masuk ke Masjid hingga kemimbar masjid? Atau komentar yang tidak memihak kepada kutukan tersebut?  Mungkin MP ni bukan pelancong dijadikan alasan pula. Ditokok tambah pula dengan kenyataan-kenyataan dari pihak-pihak berotoriti di Jabatan Agama Islam dan ahli politik. Samada kenyataan itu benar atau tidak bukan menjadi isu bagi mereka melainkan untuk menjatuhkan air muka dan reputasi Pakatan Rakyat demi kelangsungan politik.

Saya melihat perkara ini dari dua aspek iaitu dari segi kemudaratan dan hikmah perkara ini berlaku.

Tindakan khatib mahupun ahli Parlimen tersebut sudah tentu akan dijadikan modal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Ianya dijadikan peluru ataupun talian hayat oleh lawan politik dibantu oleh suratkhabar dan televisyen arus perdana. Isu ini bakal dijadikan modal sehingga PRU-13 dan mungkin juga dikatakan bukan Islam hendak 'merampas' atau 'mengambil alih' masjid dan surau.

Orang Melayu Muslim tentunya sedikit sebanyak terasa hati dan goyah apabila isu ini terus dijadikan modal politik untuk menarik orang Melayu kembali menyokong UMNO. Melayu atas pagar tentu mudah termakan hasutan ini.

Dari sudut yang lain pula ianya menyerlahkan sikap hipokrit surat khabar dan Barisan Nasional terutamanya UMNO. Sikap mengulang-ulang mainan isu ini tidak pelik memakan diri kembali apabila terbukti BARISAN NASIONAL dan UMNO juga mempergunakan masjid dan surau untuk kepentingan politik seperti yang berlaku di Hulu Selangor. Ianya memberi andaian hukum untuk UMNO lain, PAKATAN RAKYAT pula lain. Impaknya lebih kepada  penyokong atas pagar samada mereka akan menyokong  atau akan semakin menjauh.

Dengan terbitnya kedua-dua kes yang tersebut, maka pihak-pihak yang tiada kepentingan politik mula mendapatkan pendapat dari pelbagai pihak yang berketrampilan. Melalui blog, FB dan sebagainya, ramai para ustaz dan bijak pandai memberi komentar keatas isu tersebut dan disertakan dengan hujahnya sekali dari Al-Quran dan Hadith. Ada pro dan ada yang kontra. 

Kepantasan maklumat melalui internet juga mempercepatkan maklumat disampaikan dan dicari. Selain maklumat dan komentar, gambar-gambar juga mudah dinaikturunkan. Apabila MP bukan Islam masuk ke surau (surau bukannya masjid) dan dijadikan bahan cemuhan, ada pihak menaikturunkan gambar ahli wanita UMNO yang lebih memalukan dari segi adab sebagai seorang muslimah apabila memasuki masjid atau surau tanpa pakaian yan gbersesuaian. Saya tidak berapa berminat hendak melayan isu MP masuk ke surau ini atas dua perkara yang kerap berlaku.

1. Pelancong asing (bukan muslim) masuk ke masjid hingga ke mimbar masjid. Apa beza pelancong asing itu dengan MP bukan muslim? Bagaimanapun Majlis Fatwa telah mengeluarkan kenyataan berkenaan keharusan bagi bukan Islam (pelancong) masuk kemasjid.

2. Majlis akad nikah di masjid-masjid yang menjadi trend sekarang. Jika kita cari di dalam mana-mana arkib gambar di dalam suratkhabar mungkin kita boleh terjumpa gambar-gambar majlis akad nikah artis yang dilangsungkan di masjid. Jika kita perhatikan pasti ada seorang dua yang berpakaian tidak bersesuaian sebagai seorang muslimah.

Saya pernah mengikuti rombongan akad nikah di masjid Putra, Putrajaya. Ada ahli rombongan tidak memakai tudung hanya selendang atau berbaju jarang yang tidak sesuai untuk masuk ke Masjid. Pelancong asing yang hendak masuk kedalam masjid dikehendaki memakai jubah bagi wanita lengkap dengan tudungnya tetapi sekuriti yang menjaga dan menyediakan jubah tersebut apabila menegur ahli rombongan ada yang buat endah tak endah dan memberi alasan ahli rombongan dan masuk juga kedalam masjid tanpa memakai jubah menutup aurat sedangkan pelancong bukan muslim boleh menghormati peraturan yang dilaksanakan.

Hikmah paling besar yang saya dapat rasakan adalah bukan Islam bahkan orang Islam sendiri mendapat maklumat yang sebenar apakah perkara yang dikatakan tidak betul ini benar-benar menyalahi hukum. Orang bukan Islam terutamanya yang mungkin didedahkan kepada maklumat palsu berkenaan Islam mula mendapati bahawa maklumat yang mereka terima selama ini banyak kepalsuan kerana memenuhi tuntutan mereka yang berkepentingan.

Tentu ada orang bukan muslim terkejut apabila mendapati bahawa perkara yang selama ini dianggap taboo sebenarnya adalah palsu. Langkah ini boleh mendekatkan lagi bukan Islam mengenali Islam yang sebenar dan dengan izinNya akan diberi hidayah untuk mereka memeluk Islam.

Sudah tentulah Barisan Nasional, UMNO terutamanya tidak mahu ini berlaku kerana ianya akan menghapuskan rasa curiga bukan muslim keatas PAS, serta orang Melayu Islam khusunya keatas bukan Islam aka DAP yang diwar-warkan sebagai chauvinist dan anti Islam. 

Sebab itulah juga berita GERAKAN P.Pinang menempelak kerajaan negeri pimpinan KM Lim Guan Eng memberi lebih peruntukan untuk masjid tidak mendapat liputan sepatutnya dalam MSM. Begitu juga dengan peruntukan besar yang disediakan kepada masjid serta SRA yang pernah dihapuskan.

KESIMPULAN

Bagaimanapun ahli-ahli YB Pakatan Rakyat diharap mengambil iktibar dari perkara yang berlaku ini dengan lebih berhati-hati kerana setiap tingkah laku akan diperhatikan. Samada pengisiannya baik atau tidak bukan menjadi isu tetapi yang penting samada tindakan tersebut dapat dijadikan peluru hidup dan kelangsungan hayat Barisan Nasional. 

Jika YB -YB menghadiri sebarang majlis yang diadakan di surau atau masjid tetapi tiada persediaan diluar seperti khemah mungkin ada baiknya mengelak dari masuk ke dalam ruang solat untuk menghindarkan fitnah bukan kerana ianya diharamkan. Mungkin juga bagi wanita menyediakan tudung untuk menutup kepala sebagai menghormati tuan rumah jika dijemput masuk. 

(Kadangkala kesihan juga - kalau tidak hadir atau menolak untuk masuk dikatakan tidak prihatin atau sombong, pergi pula dikatakan menghina rumah ibadat )

Gembiralah bahawa hayat Barisan Nasional semakin sampai penghujungnya sebagai pemegang tampuk kerajaan dan akan dicampakkan menduduki kerusi pembangkang pula. 

Saya tidak setuju jika Barisan Nasional dihapusakan terus kerana masih ada wakil rakyat BN yang benar-benar bagus dan berkhidmat sebagai wakil rakyat tanpa mengira ianya bertentangan dengan Parti atau tidak. Jika Barisan Nasional terhapus maka tiada 'check and balance' dalam pimpinan yang akan memburukkan keadaan tidak kira siapapun yang memerintah.


RUJUKAN bukan POLITIK


1. Doa Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
2. Saya Bukan Mempertahankan YB Teo Nie Ching
3. Boleh atau Tidak Non Muslim Masuk Masjid?
4. Pelancung B/Islam Masuk Masjid -Fatwa Majlis Kebangsaan

1 comment:

C++ said...

Bhai Mahaza...

Ini bukan artikel pendek... tapi artikel shorthand (trengkas)... hahaha....

Cerita Dolu Dolu