Hari ini 31 Ogos 2010 Surau Al-Husna mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama ahli kariah. Bermula dari jam 10:00 pagi persiapan telah diatur seperti memasak bubur lambuk untuk agihan kepada anak kariah. Bubur lambuk Gear Box spesel resepi Hj Hassan.
Untuk berbuka pula menu nasi putih, ikan patin goreng, ikan patin tempoyak, ayam masak merah dan sayur campur. Semua berbuka dengan kurma dan kuih muih sebelum solat Maghrib dan barulah makan nasik.
Sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal serta warga emas juga diadakan.
Untuk melihat gambar-gambar berkaitan sila ke facebook saya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment