Susukan anak lembu dengan susu badan
RAJASTHAN, India - Seorang wanita di kampung Kilchu, Rajasthan India, Couthi Bai menyusukan seekor anak lembu berusia 46 hari dengan susu badannya sebanyak tiga hingga empat kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Di India, lembu disifatkan sebagai haiwan yang suci. Justeru, rakan-rakan sekampung wanita tersebut menyokong hubungan Bai dengan anak lembu tersebut.
"Selepas ibunya mati, saya memegangnya dan memberi susu badan. Saya membesarkannya dengan susu saya. Saya menyusukannya sebanyak tiga atau empat kali sehari sama seperti yang diperlukan oleh seorang bayi. Tuhan pasti gembira jika saya menjaganya," kata Bai.
Namun, ada juga penduduk kampung Kilchu yang tidak mengambil kisah dengan perbuatan Bai.
"Ia merupakan kali pertama perkara sebegini berlaku di kampung kami. Dia akan membawa anak lembu itu ke mana sahaja." kata seorang penduduk kampung.
Kini, anak lembu itu sentiasa mengekori Bai. - Agensi
No comments:
Post a Comment