YB Khalid Samad memberi tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Ubudiyah Seksyen 19, Shah Alam. Dengan berpandukan ayat diatas YB Khalid memberi sedikit ringkasan tentang Ramadan, bulan turunnya Al-Quran serta kepentingan memahami Al Quran.
Bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.
Quran diturunkan kepada sekelian manusia, Allah tak guna perkataan mukminun jadi Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi menjadi panduan di Dunia dan di Akhirat. YB juga berpesan agar memanafaatkan kelas-kelas ilmu yang banyak berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.
Akhir kalam, YB memetik ucapan Saidina Umar - Bangsa Arab dari bangsa yang hina menjadi bangsa yang mulia dengan kehadiran Islam.
Bagi isu mutakhir masalah perpaduan Melayu, kembalilah kepada Islam dan Al-Quran, itulah caranya untuk orang Melayu berjaya - sempat gak YB ye? he he he
Bagi isu mutakhir masalah perpaduan Melayu, kembalilah kepada Islam dan Al-Quran, itulah caranya untuk orang Melayu berjaya - sempat gak YB ye? he he he
No comments:
Post a Comment