Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 10, 2010

TOLAK HUKUM ALLAH HUKUMNYA APA PULA?

“Saya tidak putus asa” 
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau tidak pernah putus asa dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang dilihat semakin berpecah dari hari ke hari. 

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan beliau berusaha menyatupadukan umat Islam hari ini yang kelihatan berpecah kerana parti politik. 

"Ini adalah kewajipan saya. Tidak kira parti apa, (mereka) mesti disatukan. 

"Seseorang yang memutuskan hubungan sesama Islam, hukumnya haram dan (orang itu) fasik di sisi Allah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Beliau mulanya enggan menjawab soalan Sinar Harian mengenai perkara itu kerana khuatir kenyataannya akan disalahertikan lagi. 

Sebelum ini Harussani, yang berusaha menjadi orang tengah dalam usaha ke arah perpaduan antara UMNO dan Pas, dikritik beberapa pemimpin politik, bahkan dalam beberapa blogs beliau dilabel dengan gelaran yang tidak baik, termasuk 'Haramsani'. 

Harussani berkata, beliau langsung tidak pernah sedih atau kecewa dengan kritik dalam usaha baiknya kerana sedar dakwah berhadapan dengan cabaran. 

"Walaupun dicaci dan dikutuk berterusan, saya tidak pernah berasa sedih. Saya terima ujian Allah. 

"Saya berharap dalam bulan Ramadan perkara ini dapat diperbetulkan dan menyedarkan umat Islam yang semakin terpinggir," katanya. 

Katanya, beliau tidak mahu melihat umat Islam terpinggir di negara sendiri.

No comments:

Cerita Dolu Dolu