Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 08, 2010

JKJR, polis dan JPJ lancar operasi kesan pelajar langgar peraturan

Harap sesangat kalau dapat operasi yang sama dibuat di kawasan Seksyen 20/19 Shah Alam sini. Polis pun dah tak boleh nak buat apa-apa  sangat (sebab berek Polis ada kat sini, ramai gak anak polis terlibat he he he - karang nak tangkap, anak kawan, anak jiran.... kesian gak polis dalam dilema). Semalam masa gotong royong jiran bercerita kisah dia nyaris hendak terlanggar 3 (tiga) orang budak naik motosikal - umur? 11,10 dan 12 kalau tak silap. Dia bengang, suruh bebudak tu turun dan tolak motor tu sampai ke kawasan flat rumah bebudak tu, dia ikut dari belakang. Bayangkan kalau dia terlanggar dan berlaku keadaan yang serius, agak-agak ibubapa budak-budak tu terima kesilapan anak-anak diaorang tak? 



ALOR SETAR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan satu operasi besar-besaran bagi mengesan pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.



Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, operasi selama enam bulan itu akan dilakukan di semua sekolah di seluruh negara dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



"Program ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan membabitkan pelajar selain sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen 'Road Safety Walk' peringkat negeri, di sini hari ini.



Beliau berkata, menerusi operasi tersebut pihak berkuasa akan mengeluarkan saman kepada pelajar yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memandu dan menunggang tanpa lesen yang sah.



Suret berkata, operasi ini juga bagi meningkatkan kesedaran pada kalangan pengguna jalan raya yang dilihat masih rendah khususnya mereka di kawasan luar bandar.

No comments:

Cerita Dolu Dolu