Kita tidak pertikai tanggungjawab umat Islam membantu Paletine dan menentang Zionisme tapi Azeez (UMNO) cuba menggunakan misi ini untuk menonjolkan diri dan secara tak langsung untuk menunjukkan konon keprihatinan mereka terhadap Palestine. Kenapa saya berkata begitu? Kerana jika mereka yang kerap mengikuti hal berkaitan misi kemanusiaan tentu juga lebih tahu bahawa Dr. Rani dan Dr Halimah lebih kerap bersama misi keamanan dan tanyalah mereka berapa kali mereka ke Gaza? Kes rampasan kapal oleh Israel tempohari lebih kecoh fasal ADUN Parit tapi ada cerita fasal Dr Rani sangat? Ada berita fasal mereka? Kerana mereka dari PAS? Agaknya ditakdirkan mereka syahid disana pun berita akan digelapkan agaknya. Kalau dak Azeez ni calar sebab dia terlanggar pagar pun agaknya akan dibesar-besarkan macam kena bedil mortar (macam tak biasa......) POORAH!
RAFAH: Misi kemanusiaan ke Gaza Kelab Putera 1Malaysia dijangka masuk ke Gaza lewat malam Isnin (waktu Malaysia).
Seramai 67 sukarelawan diketuai Presiden kelab Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertolak dari Kaherah pada pukul 8 pagi (waktu Mesir) dan tiba di sempadanMesir-Gaza itu selepas tujuh jam perjalanan darat.
Konvoi misi itu yang bergerak dengan dua bas, tiga kereta, sebuah lori membawa muatan 11 tan berupa ubat, pakaian dan makanan tidak menghadapi sebarang masalah di sepanjang 18 tempat pemeriksaan kerana diiringi kereta peronda polis Mesir.
Wakil Kedutaan Malaysia di Mesir turut mengiringi konvoi tersebut.
Misi yang mendapat kerjasama penuh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Mesir dan Palestin turut disertai 35 doktor pelbagai kaum dari Malaysia.
Misi selama 13 hari bermula 8 Ogos lalu bertujuan membantu 2,000 keluarga di lima kampung di wilayah konflik itu sempena Ramadan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment