Sebut fasal sekatan Polis, semalam balik dari rumah adik ipar dari Equine Park. Selepas melalui tol Puchong ke Shah Alam melekat - jem giler hampir 1 km bermula dari tol gate.... temperature dah naik (kereta dan dreber) rupanya ada road block. Faham tindakan Polis mungkin ada kes jenayah atau apa-apa berlaku dipersekitaran tetapi Ahad dan mungkin ramai baru balik dari kampung (last week) buat kenduri sambut Ramadhan, kereta banyak sangat jadi lagi teruk. Kalau biasa mungkin tak teruk sangat. Patut Polis pun agak-agak lah nak buat roadblock, tengok takde tahan kereta atau check pun. Bahayanya? selepas dari roadblock semua bawak kereta macam setan.... ram minyak kuat-kuat dan memandu laju.... lagi bahaya. Elomk boleh sampai rumah pukul 10:00; 11:30 baru sampai. HARU!
Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Cedera Parah Kejar Suspek
KUALA LUMPUR: Anggota polis yang cedera parah di kepala akibat dirempuh sebuah treler ketika sedang mengejar seorang suspek yang melarikan diri dari sekatan polis di Sentul semalam, meninggal dunia Sabtu.
L/Kpl Nik Hafizie Nik Din, 25, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU)Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 10.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk di kepala akibat kemalangan itu.
Dalam insiden Jumaat, Nik Hafizie mengalami kecederaan parah di bahagian kepala apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah treler ketika beliau sedang mengejar seorang suspek bersenjatakan parang berhampiran bulatan di Segambut.
Zakaria yang ditemui pemberita di surau kuarters HKL di sini hari ini berkata suspek dalam kes itu masih bebas.
"Suspek berjaya melarikan diri, setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap suspek dan polis masih meneruskan siasatan," katanya.
Zakaria berkata ketika hayatnya Allahyarham seorang yang berdisiplin dan berperibadi baik serta disenangi oleh kesemua anggota pasukan.
"Dia juga seorang yang berani dan rajin. Allahyarham menemui ajal sebagai seorang pahlawan dan saya bangga dengan keberaniannya ketika menjalankan tugas," katanya.
Ayah mangsa, Nik Din Wan Muda, 49, berkata mangsa merupakan anak tunggal lelaki dari enam adik beradik serta seorang anak yang manja dan bertanggungjawab.
"Sejak kecil lagi dia telah diasuh dengan seni mempertahankan diri dan saya memberi sokongan penuh ketika mangsa menyatakan hasratnya ingin menyertai pasukan polis," katanya.
Jenazah Nik Hafizie dimandi dan disembahyangkan di surau HKL itu kira-kira 1 petang tadi sebelum dibawa dengan van jenazah polis untuk dikebumikan di kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment