Entah sapalah yang buat cerita, Khir Toyo ngan Ezam tu kan ke berjiran?..... Tapi road tour patut teruskan bulan Ramadan jadikan tazkirah Ramadan dan kerana bulan Ramadan berkat, doa insyaallah makbul lagilah bagus, doakan supaya ALLAH TUNJUKKAN KEBENARAN. Bukan susah...... KOT KOT berkat Lailatul Qadar, BN boleh menang PRU-13.
Noh Omar, Khir Toyo, Ezam Tidak Ada Pergeseran
KLANG: Dakwaan pembangkang bahawa pergeseran berlaku antara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Senator Ezam Mohamad Nor adalah tidak benar.
Ini dibuktikan apabila ketiga-tiga mereka berada di atas pentas yang sama untuk berceramah sempena "Roadshow Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan" di Kampung Jalan Kebun di sini yang merupakan acara penutup kempen Umno yang berakhir awal pagi tadi.
Dalam ceramah masing-masing, Noh dan Dr Khir menjelaskan mereka tidak ada masalah sesama sendiri apatah lagi mereka adalah dari kampung yang sama dan dakwaan pembangkang itu adalah untuk mengadu dombakan mereka berdua.
Ezam pula berkata ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau memang rapat dengan Noh dan Dr Khir sejak dahulu lagi semasa beliau menjadi Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Mereka tidak boleh pecah-pecahkan semangat kami," katanya di hadapan lebih 300 hadirin, termasuk penyokong parti komponen Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata Noh dan Dr Khir adalah antara pemimpin-pemimpin Umno yang memujuknya pulang ke pangkuan Umno selepas beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Laporan satu portal berita sebelum ini berkata terdapat desas-desus persaingan antara Dr Khir dan Noh dalam merebut jawatan Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini dan pada masa yang sama Ezam diberikan tugas utama untuk mengetuai kempen Selamatkan Selangor ini.
Noh berkata kehadiran mereka bertiga menunjukkan mereka bertiga mempunyai matlamat dan perjuangan yang sama tidak seperti yang digembar-gemburkan dalam fitnah pembangkang.
Beliau berkata kempen ceramah Umno yang bermula sejak 23 Julai lepas mendapat sambutan bukan sahaja daripada penyokong BN tetapi rakyat Selangor pada keseluruhannya.Noh berkata kempen itu akan diberhentikan sempena bulan Ramadan ini dan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.
Semasa Ramadan ini bahagian-bahagian Umno telah diarah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti pengisian pada bulan puasa bagi mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment