Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 12, 2010

Hukum restoran tidak hormati Ramadan - Ada lagi yang lebih ramai pembeli.

Ada satu lagi tempat yang perlu dipantau. Kantin-kantin di kilang-kilang. Restoran masih mudah untuk menolak pembeli Islam dari membeli tetapi di dalam kilang, kantin biasanya agak tersorok. Walaupun kadangkala memo telah dikeluarkan melarang pekerja Muslim masuk ke kantin tetapi apabila masuk juga dan hendak JUGa membeli, kantin yang menghadapi masalah - jual karang, bersubahat, tak jual karang, kena ugut macam-macam ngan bebudak, risau lah pulak. 


Yelah jugak, tak macam restoran di luar, pelanggan boleh hadir dari pelbagai golongan, kantin di kilang? Muka itu jugak yang akan membeli - kalau kena boikot? Simpati juga pada pekerja kantin - nak makan apa pulak kan? Nak suruh tutup langsung pula hak yang bukan Islam hrus dipenuhi dan takkan nak suruh yang bukan Islam berpuasa. 
Setakat pekerja dalaman pantau, tak jalannya - bukan ada dalam akta atau terma kerja pekerja boleh dibuang jika tidak berpuasa - bawak kat court pun entah boleh ke idak - kalau kat mahkamah sivil, hak individu? habih.... JAIS boleh ke masuk dan pergi ke setiap kilang? - He He He - luahan hati seorang HR.








SHAH ALAM – Orang awam mahu pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemilik restoran beragama Islam yang didapati menjual makanan kepada pelanggan Islam dan beroperasi di luar waktu dibenarkan sepanjang Ramadan. 
Pesara, Abdul Latif Abu Bakar, 60, berkata, restoran milik individu beragama Islam tidak wajar beroperasi pada waktu siang selain waktu yang ditetapkan. 



“Walaupun mereka menjual makanan kepada orang bukan Islam hukumnya tetap haram dan berdosa. Lebih-lebih lagi jika restoran mereka dihiasi ayat-ayat suci al-Quran, jelas mencemarkan agama Islam. 



“Perkara ini bertentangan dengan hukum agama dan tindakan sewajarnya perlu diambil untuk menghormati bulan yang mulia ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. 



Kakitangan awam, Mohd Jefry Ahmad, 24, berkata, restoran Islam yang dibuka pada sejak awal pagi dikhuatiri mempengaruhi orang Islam untuk tidak berpuasa. 



“Selain menghormati bulan Ramadan, mereka perlu mematuhi hukum yang jelas mengharamkan orang Islam berniaga makanan kepada orang bukan Islam pada bulan puasa,” katanya. 



Sementara itu, eksekutif penyelidikan, Faridah Shahidin berkata, operasi restoran tidak sepatutnya bermula lebih awal kecuali menjelang petang untuk jualan juadah berbuka. 



“Peniaga makanan perlu mematuhi jadual yang ditetapkan iaitu tidak beroperasi pada waktu yang tidak dibenarkan,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu