Guru Kafa nyaris terbakar mati lemas
BESUT - Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang berjaya keluar dari keretanya yang terbakar selepas terbabas ditemui mati lemas di sebatang sungai di Kampung Salim, Kuala Besut dekat sini semalam.
Mangsa, Rosmazila Ibrahim, 31, ditemui tersembam di tebing sungai yang terletak kira-kira 10 meter dari tempat keretanya terbakar dan terbabas.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan yang dipandu sebelum terbabas kira-kira 50 meter ke kanan jalan lalu terbakar.
Mangsa dikatakan telah keluar sendiri dari keretanya yang terbakar itu dan kemudian berusaha bergerak ke sebatang sungai berhampiran sebelum mayatnya ditemui.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa telah mengadu tidak sihat sejak beberapa hari lalu dan sering murung tanpa diketahui sebabnya.
"Dia tidak bercerita masalah penyakit yang dihidapi dengan sesiapa dan lebih banyak termenung.Dia juga tidak hadir untuk mengajar di sekolah untuk beberapa hari kerana penyakitnya itu," ceritanya.
Katanya, bapa mangsa, Ibrahim Mohd. Noor difahamkan telah mengajak mangsa untuk menemui seorang pakar perubatan tradisional di kampung berhampiran sebagai ikhtiar untuk mengubati penyakit misteri mangsa.
No comments:
Post a Comment