Zulkifli Nordin Dakwa Disuruh Berbohong Untuk Tumbangkan BN
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat," kata anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.
"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.
"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya," tambahnya.
No comments:
Post a Comment