KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada pukul 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen.
Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan Ahli Parlimen yang lain. "Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, Ahli Parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan. Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.-BERNAMA

No comments:
Post a Comment