
Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sebagai rakyat mereka berhak menjalankan tanggungjawab itu walaupun berada jauh di luar negara sekali gus meleraikan definisi ‘Pengundi tidak hadir’ yang diguna pakai sebelum ini.
Zaid dalam ucapannya di majlis pelancaran Sahabat Pakatan Rakyat (SPR) di Holborn, London, baru-baru ini dipetik sebagai berkata, selama dua dekad Malaysia berada di bawah pimpinan kerajaan UMNO, negara ini kian lemah.
“Perlembagaan hari ini semakin parah akibat penyalahgunaan kuasa serta kepentingan politik yang semakin berleluasa. Kita telah kembali kepada krisis Perlembagaan Malaysia 1988 di mana keberkesanan undang-undang negara ini semakin tipis dan telah dikurangkan.
“Sebuah negara yang bersandarkan kepada perlembagaan kini menuju ke arah negara yang gagal. Ini bukan dilema Melayu, Cina, India, Iban, kadazan atau Senai, tapi ini adalah dilema kebangsaan,” katanya.
:Sekiranya rakyat menyokong PR katanya, parti itu berjanji akan membawa perpaduan yang sebenar kepada Malaysia dengan membasmi rasuah, memulihkan pentadbiran dan memupuk kembali semangat berperlembagaan.
No comments:
Post a Comment