Cari salah BN amalan pembangkang
KUALA TERENGGANU – Mencari kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah amalan biasa bagi pakatan pembangkang, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail.
Mohd Zawawi berkata, semua perkara yang dilakukan kerajaan tidak disenangi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lalu bertindak mencetuskan pelbagai isu bagi meracuni pemikiran serta minda rakyat.
Beliau berkata, tindakan jahat itu dilakukan semata-mata untuk menanam rasa benci dalam hati rakyat terhadap kerajaan BN dan bagi menarik pengundi memilih mereka pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini perkara biasa bagi pembangkang, semua benda yang kita buat tidak kena pada mata mereka walaupun ia demi kepentingan rakyat. Ini tidak betul kerana mereka harus mengkritik secara sihat, bukan membuta tuli.
“Saya percaya, rakyat sendiri sudah faham dengan sikap pembangkang ini dan mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan taktik kotor seumpama ini,” katanya.
MAHAZA KATA :
Ya sheikh, kat Tganu PR = Pembangkang, kat Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan BN Pembangkang. Khir Toyo pun semedang memburukkan Kerajaan Negeri Selangor gak - ko settle kes judi tu dulu baru cerita.
Bukan semua bangkang totok tapi bangkang apabila ujud keraguan. Tu yang dok roboh kat Tganu tu kenapa? dah selesai? Tak siapa pertikai pembangunan tu tapi kenapa jadi camtu yang dipertikai. Aku doakan YB Zawawi Ismail ni menang bertanding PRU akan datang TAPI Pakatan Rakyat pegang Putrajaya dan negeri negeri lain termasuk Tganu. Masa tu kita tengok samada dia akan mengotakan katanya atau dia akan beranggapan dia bukan pembangkang?
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
1 hour ago
1 comment:
Post a Comment